𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀’ 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇:
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋 -𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓
03 April 2024 (Rabu) : Penutup Program Ihya’ Ramadhan 1445H di ILP AP Nibong Tebal diakhiri dengan Majlis Khatam Al - Quran oleh 22 orang pelajar ILP APNT di Surau Al - Munawwir. Terima kasih kepada barisan MPP ILP AP Nibong Tebal Sesi 2024 dan Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh sebagai tulang belakang program ini.
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀’ 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇:
𝐐𝐈𝐀𝐌𝐔𝐋𝐋𝐀𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐔𝐁𝐑𝐎 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋 - 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
28 Mac 2024 (Khamis) : Pihak BPPL ILP AP Nibong Tebal telah menganjurkan aktiviti Qiamullail dan Tazkirah sempena Badar Kubro dan Nuzul Al - Quran yang melibatkan kehadiran pelajar ILP AP Nibong Tebal. Aktiviti bermula seawal jam 4.00 pagi dipimpin oleh Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh dan berlangsung di Surau Al - Munawwir ILP AP Nibong Tebal.
Dalam melahirkan belia berkemahiran, institut tidak lupa untuk menerapkan elemen kerohanian kepada pelajar supaya kejayaan duniawi seiring jua dengan kejayaan ukhrawi. Semoga para pelajar mendapat manfaat dari ilmu yang telah disampaikan. Meskipun sarat dengan tugas-tugas hakiki, ketuk-ketuk Ramadan secara gotong-royong berjaya dilaksanakan. Menu yang sinonim dengan bulan Ramadan telah diadun dengan resepi kasih-sayang. Semoga jalinan ukhuwah terus terjalin dengan aktiviti seumpama ini.
13 Mac 2024 (Rabu) : Bermula 13 Mac 2024 yang lalu, para pelajar beragama Islam telah mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia dengan aktiviti Tadarus Al - Quran Peringkat ILP AP Nibong Tebal di Surau Al - Munawwir ILP APNT.
Pelajar dibahagikan kepada 19 kumpulan muslimin dan 7 kumpulan muslimat dengan diketuai oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan. Aktiviti tersebut dijalankan sebelum pelajar menunaikan solat Isyak dan Tarawikh berjemaah.
Semoga dengan pengisian sebegini mendekatkan lagi para pelajar ILP AP Nibong Tebal dengan rasa cinta pada Al Quran dan seterusnya dapat membaiki bacaan Al - Quran dengan lebih baik.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”