𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐅𝐈𝐄𝐃 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐀𝐃𝐕𝐀𝐍𝐂𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 (𝐄𝐀𝐀𝐏) 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐈𝐓𝐑𝐀)
18 - 24 Mac 2024 : Satu program tajaan MITRA telah dijalankan dan dikendalikan oleh SG Akademi iaitu Electrified Automation Advancement Programme (EAAP).
Kursus secara bersemuka untuk satu minggu ini telah diajar oleh 3 orang pakar dalam bidang Teknologi Kereta Elektrik (EV), Autotronics Centre of Excellence Sdn Bhd.
Selepas ini, para peserta yang terdiri dari 28 orang pelajar ILP APNT akan meneruskan pembelajaran secara atas talian selama 14 hari bagi melengkapkan modul pembelajaran ini dan seterusnya dianugerahkan IMI Level 3 Award in Hybrid and Electric Vehicle Repair & Replacement. Sijil professional ini dikeluarkan oleh Institute Motor of Industry (IMI), United Kingdom.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan menjadi nilai tambah selepas tamat latihan di ILP APNT nanti.