
24 Mei 2025 : Program Latihan Kemahiran TVET Micro Credential ILP APNT Teknologi Elektrik yang telah disertai oleh 22 orang pelajar lepasan SPM berakhir pada hari ini. Program yang julung-julung kalinya diadakan di institut ini telah bermula pada 12 Februari 2025 dan telah dijayakan oleh para pengajar Bahagian Teknologi Elektrik ILP APNT.
Semua 22 orang pelajar telah dinilai oleh Pegawai Pengesah Luaran, Encik Hardi Asly Bin Mohd Samsuri yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menjalankan tugas menilai mereka sepanjang dua hari 23 - 24 Mei 2025. Mereka semua telah lulus dengan jayanya dan akan dianugerahkan Sijil Penyata Pencapaian (PC) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Semoga tujuan utama program ini, iaitu memberi pendedahan serta peluang untuk menyesuaikan diri dalam ekosistem pembelajaran kemahiran TVET tercapai. Selain itu, para pelajar yang majoritinya lepasan SPM 2024 ini dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan menimba ilmu kemahiran sebelum membawa haluan masing-masing mendaftar ke institusi pengajian tinggi mahupun bekerja.
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”