
20 Mac 2025 (Khamis) : ILP AP Nibong Tebal telah mengadakan Sesi Manifesto & Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP APNT Sesi 2025 bertempat di Dewan Sukan ILP APNT.
Pilihan raya ini bertujuan memilih barisan kepimpinan baharu yang akan mewakili suara pelajar dan membantu dalam pembangunan serta kebajikan mereka sepanjang sesi pengajian. Para pelajar diberi peluang untuk mengundi calon pilihan mereka menerusi sistem Google Form menjadikan proses lebih mudah dan telus.
Para calon yang bertanding datang dari pelbagai latar belakang turut menyampaikan manifesto masing - masing yang rata - ratanya mempunyai visi tersendiri untuk memperjuangkan hak serta kepentingan rakan-rakan mereka terutama dari segi kemudahan di asrama, perancangan program kerohanian dan sahsiah diri serta memperkasakan aktiviti sukan di institut ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar ILP AP Nibong Tebal kerana sudi turun mengundi.
Tahniah juga diucapkan kepada calon MPP ILP APNT Sesi 2025 atas semangat kepimpinan yang ditunjukkan bagi menyuarakan suara rakan - rakan anda.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”