๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
28 Ogos 2025 (Khamis) : Program Perkongsian Kepakaran Industri bertajukย Pengenalan Asas Kontraktor Elektrik telah diadakan di Auditorium Cetak, ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal. Sesi ini disampaikan oleh Yang Berusaha Ir. Ts. Amir Shafiq bin Adham, Pengarah Urusan Straits Technics Sdn. Bhd.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan peranan seorang kontraktor elektrik, termasuk proses serta syarat asas untuk menjadi kontraktor berdaftar. Peserta turut didedahkan dengan kepentingan aspek keselamatan serta pematuhan undang-undang dalam bidang elektrik.
Selain meningkatkan pengetahuan teknikal, perkongsian ini juga membuka ruang kepada pelajar untuk memahami peluang kerjaya dan prospek industri elektrik pada masa hadapan. Diharapkan melalui program sebegini, generasi muda dapat membina keyakinan serta lebih bersedia menempatkan diri dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.