Program Peningkatan Kemahiran Pengajar

Program Peningkatan Skill
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐•๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹: ๐๐€๐’๐ˆ๐‚ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐‘๐ˆ๐๐“๐ˆ๐๐† ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐€๐‹ ๐’๐„๐‘๐•๐ˆ๐‚๐„๐’
ย 
ย 
28 hingga 30 Julai 2025 : Satu program latihan kemahiran TVET telah dirangka khas untuk 10 orang pengajar dari Kolej Vokasional Kuala Krai dan Kolej Vokasional Balik Pulau.
ย 
Program ini memberi fokus kepada asas teknikal dalam teknologi percetakan digital, dengan objektif untuk memperkukuh dan meningkatkan kemahiran teknikal para pengajar selaras dengan keperluan industri semasa.
ย 
Sepanjang program ini dilaksanakan, para peserta didedahkan kepada asas pengendalian mesin cetak digital, proses penyelenggaraan, teknik cetakan berkesan dan latihan amali secara hands-on bersama pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang ini.
ย 
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Vokasional masing-masing, serta dapat memperkasakan latihan kemahiran TVET negara kita.
ย 
Sekiranya ada agensi, institusi mahupun mana-mana pihak yang memerlukan latihan kemahiran TVET untuk para pekerja mereka dalam bidang ini mahupun bidang yang lain, institut ini amat berbesar hati menggalas tugas dan amanah untuk menjayakannya. Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan Unit CESS, ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย