
23 April 2025 (Rabu) : Majlis Perhimpunan Pelajar ILP AP Nibong Tebal bagi bulan April 2025, anjuran Bengkel Tek. Multimedia Interaktif dan Bengkel Tek. Elektrik telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium ILP AP Nibong Tebal.
Majlis ini turut menyaksikan pelantikan rasmi barisan kepimpinan baharu MPP ILP APNT Sesi 2025 yang akan membawa suara dan aspirasi pelajar sepanjang tahun 2025.
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah disempurnakan oleh Pengarah ILP AP Nibong Tebal Ts. Adnan Bin Ismail. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh barisan MPP yang baru dilantik.
Turut disampaikan perkongsian maklumat daripada Penyelia Asrama, En. Hussaini Aras Bin Agus Salim mengenai hal berkaitan asrama serta Kaunselor Pelatih, Pn. Nur Diana Binti Abu Hassan mengenai isu pemilihan rakan yang baik.
Turut diserikan persembahan pelajar dari kedua - dua bahagian yang melucukan dan memberi mesej yang bermakna.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”