Perbincangan dan Lawatan Industri bersama BP MPAK

Lawatan Industri

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐ ๐Œ๐๐€๐Š ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ
ย 
25 April 2025 (Jumaat): Satu Mesyuarat dan Perbincangan Bersama BP MPak Sdn Bhd serta Lawatan Industri telah diadakan di kilang BP MPAK Sdn Bhd Senai, Johor. ILP APNT diwakili oleh Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, Encik Mohd Hafiz bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Unit CESS, Ts. Syamsul โ€˜Azmirullah bin Mohd Diah dan para pegawai yang lain.
ย 
Antara agenda perbincangan adalah seperti pelaksanaan dan penetapan skop Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma Teknologi Percetakan Sesi 1/2025. Selain itu, maklumbalas dari syarikat berkenaan Program Akademi Dalam Industri yang telah dilaksanakan setakat ini.
ย 
Usai mesyuarat dan perbincangan, para pegawai ILP APNT telah dibawa melawat bahagian pengeluaran dan pembuatan kotak pembungkusan di kilang berkenaan. Mereka telah diiringi oleh Encik Jason Wong Shin Yue, Pengurus Pengeluaran dan Puan Geetha Ramalingam, Pengurus Sumber Manusia.
ย 
Lawatan pada kali ini telah diakhiri dengan sesi menggantung banner promosi pengambilan pelajar ILP APNT di pintu utama syarikat. BP MPak memberi sepenuh iltizam dan komitmen yang tinggi untuk mempromosi pengambilan pelajar ILP APNT kepada penduduk setempat yang mana secara tidak langsung dapat menyumbang tenaga mahir untuk mereka.
ย 
Semoga kerjasama erat antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal bersama BP MPak ini berkekalan demi kebaikan bersama dan usaha kita dalam memperkasakan bidang latihan kemahiran TVET Negara.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย