Minggu Suai Kenal sesi 2/2024

22 - 29 Julai 2024 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILP APNT) telah melaksanakan Minggu Suai Kenal (MSK) bagi menyambut kehadiran seramai 104 orang pelajar baharu bagi sesi pengambilan Julai 2024.

Sepanjang program selama seminggu ini, pelbagai aktiviti telah diatur dan dikendalikan oleh barisan fasilitator serta kakitangan institut, dengan objektif utama untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baharu di ILP APNT.

Antara pengisian program termasuk ceramah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ceramah agama dan kerohanian, aktiviti sukan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta aktiviti kembara kampus bagi mengenali persekitaran institut dengan lebih dekat.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal berkaitan peraturan dan budaya institut, malah turut menekankan nilai kerjasama, kepimpinan dan sahsiah dalam kalangan pelajar baharu.

Pihak institut berharap kesemua pelajar baharu mendapat manfaat serta kenangan manis sepanjang Minggu Suai Kenal ini, seterusnya bersedia memulakan sesi pengajian dengan semangat dan motivasi yang tinggi.

Selamat datang dan selamat maju jaya di ILP APNT!

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€

ย