Pingat EMAS CITEC 2026

CITEC

Kejayaan Pingat Emas dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2026

12 Februari 2026 – Pasukan peserta telah berjaya mengharumkan nama institusi apabila meraih Pingat Emas dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2026 menerusi projek inovasi bertajuk “The Apparatus of Brake Bleeder in Automotive Servicing”.

Pertandingan yang berlangsung pada 11 hingga 12 Februari 2026 ini diadakan di ADTEC JTM Kampus Taiping, Perak, melibatkan penyertaan dalam bidang Automotif, Aeroangkasa, Teknologi Penerbangan dan Pengangkutan.

Projek inovasi tersebut dihasilkan oleh pasukan yang terdiri daripada:

  • Nurul Hanida binti Abd Wahab

  • Osman bin Mohammad

  • Ts. Alwar Syahmy bin Johari

  • Nizamuddin bin Saim

  • Hussain Aras bin Agus Salim

  • Mohd. Nawawi bin Muhamad Tahir

  • Mohd. Hamidi bin Saidin

Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, kreativiti serta semangat inovasi yang ditunjukkan oleh para peserta dalam menghasilkan penyelesaian teknikal yang berpotensi memberi manfaat dalam bidang automotif.

Pihak institut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli pasukan atas pencapaian yang membanggakan ini. Diharapkan kejayaan tersebut akan terus menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih banyak inovasi berkualiti serta meningkatkan kecemerlangan institusi pada masa hadapan.

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”