Program Kerjasama Strategik Pemerkasaan

Program Kerjasama
๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐’๐”๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ (๐Ž๐Š๐”) ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

09 April 2026 โ€“ย ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal melalui Unit Corporate & Employment Support Service (CESS) telah mengadakan lawatan susulan ke pejabat PERKESO Pulau Pinang bagi memperincikan pelaksanaan program kerjasama strategik yang telah dirancang.

Lawatan ini bertujuan memuktamadkan gerak kerja melibatkan empat inisiatif utama yang dirangka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar berkeperluan khas (OKU).

Antara fokus utama ialah pelaksanaan Bengkel Training of Trainers (ToT) yang memberi penekanan kepada pemantapan kemahiran tenaga pengajar dalam menyokong pembangunan kerjaya pelajar OKU. Selain itu, sesi profiling pelajar turut dibincangkan bagi menganalisis data kompetensi pelajar secara menyeluruh untuk tujuan padanan pekerjaan yang lebih tepat.

Kerjasama ini juga merangkumi usaha memperluaskan pendaftaran pelajar ke platform pencarian pekerjaan nasional iaitu MyFutureJobs, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan. Di samping itu, strategi advokasi majikan turut dirangka bagi meningkatkan kesedaran industri terhadap potensi dan bakat unik yang dimiliki oleh pelajar OKU.

Menurut pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, langkah proaktif ini selaras dengan usaha institusi dalam menangani keperluan kemahiran masa hadapan secara menyeluruh serta memastikan graduan kekal relevan dan berdaya saing di pasaran kerja.

Pihak kampus turut merakamkan penghargaan kepada PERKESO atas kesediaan menerima kunjungan serta komitmen tinggi dalam menjayakan inisiatif ini, demi memastikan pelajar OKU terus mendapat peluang yang saksama dalam dunia pekerjaan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€