𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
21 Mei 2023 (Ahad) : Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam telah dijalankan sebagai aktiviti ko-kurikulum pelajar ILAPPNT. Kursus dijalankan selama 2 hari bagi setiap sesi. Sesi ini telah dijalankan pada 20 - 21 Mei 2023 dan dihadiri oleh seramai 135 orang pelajar ILP AP Nibong Tebal.
Kursus ini telah dilaksanakan bersama para anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Selatan. Kursus ini melatih pelajar dalam ilmu-ilmu asas pertahanan awam seperti asas pertolongan cemas, asas melawan kebakaran, asas menyelamat dan beberapa asas yang penting.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak APM Daerah SPS atas kesudian menjayakan kursus ini.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.