15 April 2023 : ILP AP Nibong Tebal telah dijemput oleh pihak pengurusan Masjid Jamek Nibong Tebal menyertai program gotong royong membersihkan kawasan masjid bagi keselesaan para jemaah menunaikan ibadah pada bulan Ramadan dan Syawal ini.
Seramai 30 orang pelajar lelaki telah menyertai program tersebut dan diiringi oleh Puan Siti Noormaizura Binti Sarkam. Para pelajar juga turut dijemput berbuka puasa serta menunaikan solat fardu dan solat sunat tarawih bersama - sama dengan ahli kariah masjid setelah selesai program gotong royong.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar dalam menunaikan tanggungjawab kepada komuniti setempat.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.