𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
02 Disember 2022 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjugan dari 15 orang kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah.
Tujuan lawatan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi institut latihan kemahiran TVET ini dan berbincang bentuk kerjasama dan kolaborasi yang boleh dijalankan antara kedua-dua pihak.
Penerangan secara lebih lanjut berkenaan institut ini telah diberikan oleh Ketua Bahagian Teknologi Litografi Ofset, YM Raja Nur Syaheed bin Raja Mohd Yazit. Seterusnya, para peserta lawatan telah diiringi oleh kakitangan ILP APNT melihat suasana sekitar bengkel latihan di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran iaitu Bengkel Litografi Ofset, Rekabentuk Grafik dan Percetakan Digital.
Ketika lawatan, sempat juga kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah ini berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar pendapat bersama kakitangan ILP APNT yang ada pada ketika itu.
Semoga, dengan terjalinnya hubungan baik antara dua agensi ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan berkolaborsi bersama demi memperkasakan bidang Teknologi Percetakan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...