𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐑𝐄𝐊𝐀𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Pada kesempatan aktiviti lawatan pada 15 November 2022, para pelajar semester akhir Teknologi Rekabentuk Grafik juga telah diberi peluang untuk melawat Balai Seni Negara di Kuala Lumpur.
Balai Seni Negara ini dibina adalah untuk mempromosi kesedaran dan penghargaan seni dalam kalangan setiap golongan masyarakat. Objektif utama Balai Seni Visual Negara juga adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
Oleh yang demikian, para pelajar yang mengikuti lawatan sambil belajar ini berpeluang melihat pelbagai karya dari penggiat seni tempatan yang dipamerkan di Balai Seni Negara. Melalui lawatan ini juga, cetusan idea kreatif dan rangsangan minda serta pemikiran para pelajar semester akhir Teknologi Rekabentuk Grafik dapat dicapai.
Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada peserta yang terlibat.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...