𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐑𝐄𝐊𝐀𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 𝐊𝐄 𝐘𝐀𝐌𝐀𝐆𝐀𝐓𝐀 (𝐌) 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
15 November 2022 : Pelajar semester akhir Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik yang terdiri daripada 26 orang serta 4 orang pengajar pengiring telah melaksanakan aktiviti lawatan industri ke syarikat rakan pintar ILP APNT iaitu Yamagata (M) Sdn Bhd di Nilai, Negeri Sembilan.
Tujuan lawatan ini dilaksanakan adalah bagi melengkapkan pembelajaran modul Supervisory 2 dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang proses percetakan. Pemerhatian secara dekat dan pengalaman melihat keseluruhan proses percetakan dari proses awal yang dikenali sebagai proses pre-press ke proses cetakan iaitu press sehingga proses terakhir iaitu post-press adalah sangat beharga kepada para pelajar ini.
Peluang keemasan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar dan hasil dari aktiviti lawatan ini, para pelajar yang terpilih berjaya menerangkan dan membentangkan pengalaman meraka pada akhir lawatan. Majoriti pelajar semester akhir Teknologi Rekabentuk Grafik ini dapat memahami keseluruhan proses percetakan.
Bagi pihak pengurusan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, kami merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan pintar kami iaitu Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd kerana sudi menerima kunjungan ini walaupun sibuk dalam urusan untuk menyiapkan tempahan produk-produk cetakan yang begitu banyak.
Semoga dengan kerjasama yang erat antara institut ini dengan Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...