SUKANEKA BERTEMAKAN ‘JALINAN KASIH PENGIKAT MUAFAKAT’ 2022
11 November 2022 : Kelab Sukan dan Kebajikan ILP AP Nibong Tebal telah mengadakan sukaneka di kalangan warga kerja dengan mewujudkan pasukan rumah Biru, rumah Merah dan rumah Hijau. Sukaneka ini boleh dikatakan mengimbau zaman ‘Sukan Sekolah’ dengan bertemakan Jalinan Kasih Pengikat Muafakat bertempat di Astaka dan Dewan Sukan Institut.
Pelbagai acara telah diadakan iaitu Sambutlah Sayangku (Belon Air), Sandarkan Pada Kenangan (Kepit Bola), Ombak Rindu (Dadu Beracun), Isi Kekosongan Hatiku (Isi Air Dalam Botol), Kiriman Rindu (Bowling Padang), Rebutan Kasih (Tarik Tali), Panahan Asmara (Dart), Kutip-Kutip Cinta (Batu Seremban), Kugenggam Rindu (Congkak) dan Kutimang Kasih Kutimang Cinta (Sepak Raga). Semoga keakraban warga kerja institut semakin utuh menerusi aktiviti semeriah ini. Hadiah bukan ukuran, namun semangat berpasukan dapat memantapkan organisasi mendepani cabaran mendatang.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.