𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐊𝐄 𝐐𝐋𝐌 𝐋𝐀𝐁𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
18 Oktober 2022 : Seramai 14 orang pelajar Diploma Teknologi Percetakan diiringi oleh 6 orang pengajar pengiring telah melaksanakan aktiviti lawatan industri ke syarikat yang telah menjadi rakan pintar institut ini iaitu QLM Label Makers Sdn Bhd.
Setibanya rombongan ini di premis syarikat QLM pada 8:30 pagi di Puchong Selangor, para peserta telah disambut baik oleh pihak pengurusan atasan syarikat. Taklimat ringkas dan ucapan aluan telah diberi oleh Pengarah Urusan QLM Label Makers Sdn Bhd, Encik Allan Lo.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan pengajar pengiring berkenaan dengan teknologi percetakan terutamanya proses percetakan fleksografi yang digunakan di Syarikat QLM Label Makers Sdn Bhd.
Pelbagai label produk dari jenama yang terkenal dicetak di kilang ini dan menjadi pengalaman pertama bagi sebahagian pelajar dan juga pengajar untuk melihat sendiri proses percetakan tersebut.
Semoga dengan terlaksananya program seumpama ini, dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada semua peserta yang terlibat.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...