???????????????????????????? ???????????????????????????????? - ???????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????????????????????????????
???????? ???????????????????????????????????? ???????????????? (????????????????????????) : Pihak pengurusan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berbesar hati untuk berkunjung ke Kolej Kemahiran Segatronic yang bertempat di Bagan Serai, Perak.
Lawatan pada kali ini diketuai oleh Tuan Pengarah ILP APNT, Encik Adnan bin Ismail dan turut disertai oleh Timbalan Pengarah Latihan, YM Raja Muhammed bin Raja Daud, Timbalan Pengarah Operasi, Puan Syaharazad Helmy binti Abdullah Halim dan Penolong Pengarah CESS, Encik Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah.
Para pegawai pengurusan tertinggi ILP APNT ini telah disambut mesra oleh Chief Executive Kolej Kemahiran Segatronic, Dr. R Muniswaran Rajoo dan kakitangan yang lain. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak di samping merangka aktiviti dan kerjasama pada masa akan datang.
Pihak pengurusan ILP APNT amat berterima kasih dengan kesudian Kolej Kemahiran Segatronic kerana kesudian menerima lawatan dari para pegawai institut ini. Semoga kerjasama erat yang telah terjalin ini dapat memberi impak yang positif demi kemajuan Latihan Vokasional (TVET) negara.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...