𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐅𝐎𝐎 𝐀𝐑𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐇𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐐𝐋𝐌 𝐋𝐀𝐁𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
𝟐𝟓 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟐 : Para pelajar semester akhir Diploma Teknologi Percetakan, Teknologi Litografi Ofset, Teknologi Percetakan Digital, Teknologi Rekabentuk Grafik dan Teknologi Multimedia Interaktif telah mendapat peluang keemasan dan berharga dari sesi perkongsian ilmu oleh dua orang penting dalam industri iaitu Encik Imran bin Abdul Jabar, Pengarah Urusan Sifoo Art & Multimedia Sdn dan Encik Allan Lo, Pengarah Urusan QLM Label Makers Sdn Bhd.
Sesi perkongsian ilmu ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan menyiapsiagakan para pelajar semester akhir ILP APNT yang terlibat dalam menempuh alam pekerjaan kelak.
Pada sesi kali ini, Encik Imran bin Abdul Jabar telah memberi sedikit tips dan perkongsian ilmu pengetahuan yang bertajuk Hot To Be A Pro Designer manakala Encik Allan Lo telah berkongsi pengalaman beliau dalam industri percetakan dan juga perkembangan kerjaya dalam dunia percetakan.
Sesi perkongsian ilmu oleh dua orang penting dalam industri yang berkaitan ini telah memberi manfaat dan membuka minda para pelajar ILP APNT betapa pentingnya sumbangan mereka sebagai pekerja mahir kepada perkembangan ekonomi negara.
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna buat para pelajar ILP APNT.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...