09 OGOS 2022 : Kursus Jangka Pendek Asas Adobe Illustrator telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Percetakan Digital di mana melibatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi Kulim Kedah.
Kursus ini telah disertai oleh 28 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 serta 3 orang guru pengiring SMK Keladi. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan perisian Adobe Illustrator.
Para pelajar telah diajar penggunaan tools dan fungsi asas perisian tersebut serta diberi tugasan untuk menyediakan rekabentuk grafik.
Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 1 hari kursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat membantu para pelajar dan juga guru yang terlibat dalam mendalami ilmu dan pengetahuan bidang rekabentuk grafik.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.