𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀(𝐀𝐏𝐌𝐒)
𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟗 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟐
18 Julai 2022 : Lt Kol Abdullah bin Omar, Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Angkatan Sukarela (APMS) Rej 509 (AW) Siri 3/2022 pada 18 Julai 2022 bertempat di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal turut hadir dalam upacara ini ialah Mej Sobri bin Hashim, Pen Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) dan Encik Adnan bin Ismail, Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal.
Seramai 59 perajurit muda angkatan sukarela dari Bn 3/Rej 509 (AW) yang diketuai oleh PJM Mohd Afrie Nizam bin Abd Rahim telah terlibat dalam upacara pembukaan yang dilaksanakan berpandukan SOP COVID-19 yang terkini. Para tetamu yang dijemput hadir bagi menyaksikan upacara pembukaan kursus ini adalah daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian ILP Arumugam Pillai.
Upacara pembukaan kursus ini telah dimulakan dengan tabik hormat kepada Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) dan diteruskan lagi dengan Ucapan perasmian bagi Upacara Pembukaan Kursus APMS tersebut oleh Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW). Dalam ucapan beliau, Lt Kol Abdullah bin Omar, menyeru agar penuntut kursus ini dapat menimba ilmu ketenteraan dengan sebaik mungkin agar dijadikan pelajaran dan pengajaran di masa hadapan. Seterusnya, upacara diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati oleh Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal kepada Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Akmal Aliff, tenaga pengajar ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal.
Upacara Pembukaan Kursus APMS ini adalah sejajar dengan Direktif Panglima 6 Bgd serta hasrat Perintah Ulung Tonggak PTD ke-28, Tonggak Kelima iaitu Peningkatan Hubungan TDM Dengan Awam yang melibatkan Pengiktirafan dan Keyakinan Rakyat terhadap TDM melalui kerjasama dengan pihak kerajaan dan awam di dalam Military Operation Other Than War (MOOTW).Tahniah diucapkan kepada hampir 40 orang pelajar yang terlibat dengan kursus tersebut.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...