25-26 Jun 2022 : Bahagian Pengurusan & Pegambilam Pelajar (BPPL) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam bermula bagi pelajar semester 1 dan 2. Penganjuran kursus ini adalah sebagai syarat memenuhi Ko-Kurikulum pelajar.
Peserta kursus didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran melalui beberapa slot yang telah dirangka bersama pihak APM. Antaranya adalah Kawad Kaki, teknik ikatan tali, teori dan latihan praktikal Pertolongan Cemas dan Menyelamat serta modul Melawan Kebakaran. Pihak institut mengharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk sahsiah dan peribadi pelajar ke arah yang lebih positif dan paling berdisiplin.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...