01 - 02 Jun 2022 : Kursus Jangka Pendek Smartphone Videography anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan melibatakn tenaga pengajar dari Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif En. Shamsul bin Yahya, Pn. Mami Ezrina binti Mohd Azizi, dan Pn. Hazlena binti Sajat.
Kursus ini telah disertai seramai 25 orang anggota bomba dan kakitangan seluruh Negeri Pulau Pinang. Dalam kursus ini, para peserta telah mempelajari teknik camerawork dengan menggunakan smartphone masing-masing. Setelah berjaya merakam video yang telah ditugaskan, peserta diajar pula untuk menyuntingnya menggunakan aplikasi Kinemaster. Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 2 hari kursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat membantu para peserta dalam melaksanakan tugas di agensi masing-masing.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.