31 Mac 2022 : Pelajar Semester 4 Teknologi Percetakan Digital dengan diiringi tenaga pengajar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke industri percetakan digital, Kuang Yee Image Press Sdn Bhd. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan operasi pengeluaran di industri percetakan digital dan teknologi- teknologi percetakan digital yang digunakan di industri.
Lawatan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari. Selama tempoh berkenaan, pelajar telah dibawa ke bahagian-bahagian pengeluaran di kilang berkenaan dan diberikan taklimat oleh kakitangan Kuang Yee Image Press Sdn Bhd mengenai mesin-mesin percetakan dan mesin-mesin penyudah (finishing) yang digunakan dan juga ke bahagian-bahagian pengeluaran di sana.
Semoga dengan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai industri percetakan digital sekaligus sebagai pesediaan kepada pelajar untuk menempuh alam perkerjaan di bidang Teknologi Percetakan Digital nanti.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...