26 Mac 2022 : Taklimat buku panduan kerjaya ILJTM telah diadakan kepada pelajar sijil semester 1 dan 2. Taklimat ini dilaksanakan oleh para pegawai Unit CESS dan dibantu oleh 2 orang kaunselor pelatih. Antara isi kandungan buku panduan kerjaya ILJTM yang telah dilaksanakan adalah modul kenali diri. Dalam modul ini, para pelajar telah merekodkan semua maklumat berkenaan diri masing-masing seperti kelebihan dan kekurangan diri, perkara penting dalam hidup dan keupayaan diri masing-masing.
Para pelajar juga diminta untuk melaksanakan ujian personaliti bagi mengesan kecenderungan bidang masing-masing. Sebahagian daripada modul yang lain iaitu menempuh alam pekerjaan pula akan dilaksanakan sebelum pelajar tamat pengajian dan seterusnya menduduki latihan industri. Semoga dengan terlaksananya taklimat ini, para pelajar ILP APNT dapat mengenali diri masing-masing seterusnya membentuk jatidiri sebelum menempuh alam pekerjaan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...