PROGRAM UPSKILLING & RESKILLING DI BAWAH PERUNTUKAN KUMPULAN WANG COVID19 PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) - KURSUS JANGKA PENDEK ELECTRICAL MAINTENANCE SIRI 2 & 3
23 - 24 dan 30 - 31 Oktober 2021 : PROGRAM UPSKILLING & RESKILLING - KURSUS JANGKA PENDEK ELECTRICAL MAINTENANCE SIRI 2 & 3 adalah salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19.
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk memohon dan disaring ibu pejabat JTM bagi meluluskan pembiayaan penuh kursus PENJAN. Semoga dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dapat memberi manfaat dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar di kala fasa endemik. Kursus ini dimulakan dengam kelas teori dan seterusnya secara amali di Bengkel Teknologi Elektrik.
Peserta yang terdiri daripada latar belakang pekerjaan yang berbeza, kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid19 dan tidak mempunyai ilmu kemahiran serta pengalaman dalam bidang Teknologi Elektrik, semoga dengan pelaksanaan kursus yang dianjurkan oleh ILP APNT ini dapat membantu serba sedikit dan mengurangkan beban rakyat Malaysia.
Semua peserta dianugerahkan SIJIL PENINGKATAN KEMAHIRAN khas bagi program PENJANA. Antara tenaga pengajar yang terlibat adalah Ts. Alwary Suhaimy bin Johari, En. Ahmad Faisal bin Razali, En. Hajar Aswad @ Zulkifli bin Mohamad, En. Kamarudin bin Othman, En. Azhari bin Mohamad, En. Mohd Hamidi bin Saidin dan En. Fakhrul Dahri bin Basir.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...