26 Ogos 2021 : Atas faktor sambutan yang menggalakkan pada siri pertama, Unit CESS ilpapnt menganjurkan kursus HOW TO MAKE QUIZ/ASSESSMENT USING GOOGLE FORMS FOR ONLINE LEARNING siri kedua bagi mempelajari teknik yang berkesan dalam membuat soalan-soalan kuiz/ujian kepada pelajar. Kursus ini meliputi teknik-teknik yang boleh dan berkesan digunakan untuk membuat soalan Kuiz/Ujian kepada pelajar dengan menggunakan google forms seperti merangka bentuk soalan, memilih bentuk jawapan dan memerlukan pelajar untuk muatnaik jawapan/imej di dalam google form.. Kursus dijalankan secara atas talian pada platform Zoom Webinar dengan komitmen yang tinggi dan mempunyai fasiliti komputer atau laptop ketika kursus dijalankan.
Seramai 166 orang peserta yang telah menyertai dengan jayanya, kursus disampaikan oleh pengajar Bahagian Teknologi Percetakan Digital ILPAPNT iaitu Puan Zuriyani Sanusi. Semoga perkongsian ini dapat digunakan sewajar dalam PDPR masing-masing. Seperti siri perkongsian teknikal, kursus ini turut menawarkan sijil e-certificate kepada peserta dengan yuran kemudahan secara percuma diberikan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.