Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan ILP APNT
Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan institut telah menganjurkan Hari Keluarga KSK yang bertempat di Lost World of Tambun pada 15 Jan 2016. Seramai 41 keluarga yang terlibat dalam program kali ini melibatkan 104 orang dewasa dan 79 kanak-kanak. Sesungguhnya aktiviti ini merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin antara kakitangan dan keluarga masing-masing. Selain aktiviti bermain air, terdapat juga aktiviti kering yang disediakan pihak lost world antaranya petting zoo, amusement park and tiger valley.
Yang lebih menarik lagi, selain program yang disediakan pihak lost world, KSK turut membuat cabutan bertuah yang berupa wang tunai yang boleh di tuntut sekembalinya di institut. Cara cabutan dilakukan dengan melepaskan bola di dalam air dan kakitangan hendaklah mengambilnya. Pada setiap bola tersebut dilekatkan nilai wang tunai yang bakal diperolehi. Hadiah utama bernilai RM 200, diikuti RM 190, RM180, RM170, RM160 dan RM 150.
Semoga dengan trip begini sedikit sebanyak dapat merehatkan minda dan menghasilkan emosi yang positif dan sihat disamping bebanan kerja-kerja di pejabat.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.