16 Julai 2021 : Terkesan dengan Pandemik Covid19 dari segi Proses Pembelajaran dan Pengajaran, Unit CESS ilpapnt menganjurkan kursus How To Make Quiz/Assessment Using Google Forms for Online Learning kepada guru-guru bagi memudahkan proses PDPR selain mengadakan kelas atas talian, cikgu perlu melaksanakan ujian / peperiksaan kepada pelajar. Kursus ini meliputi teknik-teknik yang boleh dan berkesan digunakan untuk membuat soalan Kuiz/Ujian kepada pelajar dengan menggunakan google forms. Kursus dijalankan secara atas talian pada platform Zoom Webinar dengan penyertaan yang terhad mengikut saiz platform zoom webinar, komitmen yang tinggi dan mempunyai fasiliti komputer atau laptop ketika kursus berjalan, adalah keperluan yang dipertimbangkan untuk disediakan oleh peserta bagi objketif kursus ini tercapai.
Seramai 87 orang peserta yang telah menyertai dengan jayanya, kursus disampaikan oleh Ketua Bahagian Teknologi Percetakan Digital ILPAPNT iaitu Puan Siti Normas bt Hassan. Semoga perkongsian ini dapat digunakan sewajar oleh para guru selepas tamatnya kursus ini dalam PDPR masing-masing. Seperti siri perkongsian teknikal, kursus ini turut menawarkan sijil e-certificate kepada peserta dengan yuran kemudahan secara percuma diberikan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...