12 Julai 2021 : Unit CESS meneruskan siri Online Technical Talk ILPAPNT - Introduction Of Printing Technology dengan menggunakan platform Zoom Webinar. Perkongsian kali ini memperkenalkan kursus utama yang ditawarkan oleh ILPAPNT iaitu Teknologi Percetakan. ILPAPNT adalah pusat kecemerlangan bagi kursus Teknologi Percetakan, selain menawarkan program sijil, institut turut menawarkan program diploma bagi kursus Teknologi Percetakan. Perkongsian maklumat ini dikongsikan oleh en. Mohd Hamadi dan en. Muhammad Muizz selaku antara pengajar bengkel Teknologi Percetakan. Pada akhir perkongsian, peserta diberikan sijil penyertaan e-certificate dan tiada yuran dikenakan serta terbuka kepada orang awam termasuk pelajar sedia ada, alumni atau warga ILPAPNT. Semoga program ini dapat memberi pencerahan kepada komuniti mengenai Teknologi Percetakan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.