Big Cleaning Day
Dalam mencapai ke arah perlaksanaan EKSA, satu aktiviti gotong royong perdana telah dijalankan di institut yang melibatkan semua kakitangan, para pengajar dan pelajar. Selain bertindak sebagai aktiviti EKSA, program ini juga memastikan ILP APNT sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat, selain juga turut mengeratkan lagi ikatan ukhwah silaturahim dikalangan warga ILP APNT.
Aktiviti gotong royong ini dibahagikan kepada beberapa kawasan dibawah seliaan pegawai yang bertanggungjawab, ini kerana aktiviti ini melibatkan peralatan dan perkakasan pembersihan yang bersesuaian mengikut kawasan. Terima kasih diucapkan kepada semua warga ILP APNT yang sama-sama menjalankan aktiviti yang sihat dan positif ini. Semoga aktiviti ini dapat dijadikan aktiviti tahunan institut.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.