MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17 KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ILP NIBONG TEBAL
Mesyuarat agung tahunan ini telah diadakan pada 22 April 2021 (Khamis) bertempat di Dewan Auditorium ILPAPNT dan dihadiri seramai 66 orang ahli kelab. Pengarah ILPAPNT Tuan Haji Azman bin Haji Ibrahim selaku penaung KSK ILPNT telah menyempurnakan upacara perasmian mesyuarat agung tahunan ini.
Antara agenda yang dinantikan dengan penuh debaran ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab yang baru. Sistem undi pada kali ini diberi nafas baru dan kelainan iaitu dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Form.
Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal yang baru dilantik pada kali ini akan diterajui oleh En. Mohd Hafiz bin Abu Bakar selaku pengerusi dan dibantu oleh En. Alwary Suhaimy bin Johari sebagai Timbalan Pengerusi kelab. Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal juga diperkuatkan dengan 12 orang lagi ahli yang berkaliber dan berwibawa.
Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal Sesi 2021/2022. Semoga dengan perlantikan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat memberi lebih idea dan minda yang segar serta variasi kepada program kelolaan Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.