01 September 2020 : Susulan tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, semua pelajar telah diarahkan pulang ke kediadaman masing-masing pada 17 Mac 2020. Oleh itu, ILPAPNT telah mengantikan operasi latihan sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP yang sedang dilaksanakan. Walaubagaimanapun institut telah dibenarkan beroperasi kembali dengan mematuhi arahan SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan latihan kepada pelajar dibenarkan bermula seawal 01 September 2020.
Pelajar terlebih dahulu mendaftar masuk asrama pada 01 September dan kelas hanya akan bermula pada 02 September. Kemasukan pelajar ini dilakukan secara berperingkat. Bagi sesi pertama yang berlangsung pada 01 September, hanya pelajar sijil sahaja yang diarahkan hadir manakala bagi pelajar Diploma akan hadir mendaftar semula pada 28 September dan bagi pelajar baru sesi 2/2020 hanya akan hadir pada 30 November dan 28 Disember. Walaubagaimanapun bermula 01 September pelajar baru sesi 2/2020 ini perlu mendaftar secara atas talian dan memulakan pengajian sekitar pertengahan September secara atas talian sebelum hadir secara fizikal pada Disember 2020 nanti.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.