Pada 19 - 20 September 2018, satu Kursus Jangka Pendek (KJP) Motor Elektrik AC 1 Fasa telah diadakan bertempat di ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILPAPNT), Pulau Pinang. Kursus ini dikendalikan oleh pengajar ILPAPNT sendiri iaitu En. Mohd Hamidi b. Saidin, pengajar Bahagian Teknologi Elektrik.
Kursus ini dijalankan secara teori di mana peserta diberi pendedahan mengenai pendawaian pada 'capacitor start motor', 'capacitor run motor', 'capacitor start & run motor' dan 'universal motor'. Peserta juga boleh mengetahui kaedah pemilihan saiz kabel yang betul, beban dan litar pemutus. Semoga peserta memperoleh ilmu yang bermanfaat dan boleh mengaplikasikan dalam kegiatan kerja seharian.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...