Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Tuan M. Kula Segaran telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal (ILPAPNT), Pulau Pinang pada pukul 12.00 tengah hari, 15 Julai 2018 (Ahad). Turut hadir semasa lawatan ini ialah YB Satees A/L Muniandy, Pengarah JMTI - Eng. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Pengarah ILP Perai - Pn. Norliza binti Yaakub dan Pengarah ILP Kepala Batas - En Zamzuri Bin Hassan dan beberapa pegawai daripada pejabat menteri KSM. Semasa perbincangan selama 2 jam di bilik mesyuarat, terdapat beberapa isu dan cadangan yang dibangkitkan telah menarik perhatian YBM terutamanya dalam memperkenalkan ILJTM sebagai institusi yang unggul agar pengambilan pelajar dapat dipertingkatkan. Lawatan ini juga telah dibuat liputan oleh iTimes. Lawatan berakhir pada jam 2.30 petang.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.