Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah bagi bulan Ogos telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Cetak pada 21 Ogos yang lalu. Antara aturcara yang disediakan adalah Penyampaian Ceramah "Blue Ribbon Campaign" dari Pejabat Kesihatan Daerah SPS. Ini menjadikan ILP Arumugam Pillai adalah kawasan larangan merokok atau kawasan bebas asap rokok. Tindakan denda boleh diambil sekiranya didapati ada pelajar atau individu yang merokok di institut. Seterusnya bagi persembahan pelajar sempena bulan kemerdekaan, pelajar Bahagian Teknologi Cetak mempersembahkan nyanyian lagu bertemakan bulan kemerdekaan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan aturcara utama iaitu ucapan dari Pengarah ILP Arumugam Pillai, Tuan Hj Azman bin Hj Ibrahim. Antara perkara yang disentuh adalah perihal kempen Blue Ribbon, Hari Konvokesyen bagi ILJTM Wilayah Utara dan prestasi pelajar yang berterusan. Majlis diakhiri dengan penyampaian Sijil Fasilitator MSK 2/2017 dan Sijil Penyertaan Team Building. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...