TUJUAN PANDUAN PELAKSANAAN EKSA
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA ini disediakan sebagai rujukan kepada warga kerja Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) agar dapat merealisasikan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain dapat mengurangkan pembaziran dari segi masa, kos dan ruang.
Panduan ini menggariskan pengertian konsep EKSA, elemen-elemen EKSA, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan yang diguna pakai dan kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.
EKSA seharus dilihat sebagai satu program/aktiviti yang menggalakkan warga kerja ILP Arumugam Pillaiagar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
POLISI