AMALAN 5S
EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam Sektor Awam sejak tahun 2010. Amalan 5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1.
Jadual 1: Istilah Bahasa: Amalan 5S
Bahasa Jepun |
Bahasa Melayu |
Bahasa Inggeris |
Maksud |
Contoh |
Seiri |
Sisih |
Sort |
Menyisih barang-barang yang tidak perlu: Mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik. |
Membuang sampah |
Seiton |
Susun |
Set In Order |
Kekemasan: Menyusun secara kemas dan sistematik, barang yang diperlukan supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan. |
Berupaya mendapatkan dokumen dalam tempoh 30 saat. |
Seiso |
Sapu |
Shine |
Pembersihan: Membersih dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja. |
Tanggung jawab harian untuk pembersihan ruang dan peralatan kerja individu. |
Seiketsu |
Seragam |
Standard- ization |
Keseragaman: Mewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa. |
Tempat penyimpanan peralatan dan dokumen yang jelas. |
Shitsuke |
Sentiasa Amal |
Sustain |
Disiplin: Melatih pekerja untuk mengamal 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi dalam merealisasikan EKSA. |
Lakukan amalan 5S secara harian. |
ELEMEN BAHARU EKSA
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan kepada Amalan 5S yang ditambah baik, di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
- Imej Korporat
Imej Korporat merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentinganterhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi. Nilai, etika dan norma kerja yang seragam di kalangan warga kerja amat diperlukan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif. Selain ciri-ciri ini, EKSA juga turut menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran kerja di kalanganwarga kerjaJTM dan ILJTM.
- Kreativiti dan Inovasi
Dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, EKSA menggalakkan warga JTM dan ILJTM membudayakan elemen kreativiti dan inovasi ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Persekitaran kerja dalam JTM dan ILJTM yang sering kali berubah mengikut peredaran masa menuntut pewujudan budaya organisasi yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi. Warga kerja JTM dan ILJTM digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif.
- Amalan Hijau
Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di pejabat dengan melaksanakan program dan aktiviti seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga kerja JTM dan ILJTM ke arah penggunaan sumber secara optimum.
- Persekitaran Kondusif
Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di kalangan warga kerjaJTM dan ILJTM. Amalan EKSA menggalakkan warga kerja JTM dan ILJTMuntuk memberikan penekanan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan dan memberi keselesaan ketika berurusan. Bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU), kemudahan yang bersesuaian seharusnya disediakan. Begitu juga dalam perspektif mengarusperdanakan elemen gender sebagai satu pendekatan baharu yang perlu diberi warga kerja JTM dan ILJTM memberi keutamaan.
- Kepelbagaian Agensi
EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaianpremis Jabatan/Agensi Kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu,one size fits all didapati kurang mencakupi keperluan kepelbagaian Jabatan/ Agensi Kerajaan pada masa kini.
Rajah 1: 5 Komponen Elemen Baharu