Mini Karnival Kerjaya ILPAPNT 2017 Unit CESS institute akan menganjurkan satu Mini Karnival Kerjaya ILPAPNT yang akan diadakan pada 20 April 2017, bertempat di Lobi Bangunan Pentadbiran ILP APNT, sehubungan itu pelajar semester akhir dan bekas-bekas pelajar serta para graduan ILP APNT di jemput hadir bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh agensi. Beberapa agensi turut mengambil bahagian, antaranya Sirim, Printut Packaging Sdn. Bhd. dan Ruho Corporation. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang pendedahan pekerjaan dan perhubungan antara industri dengan pelajar ILPAPNT. Objektif menjayakan program ini ialah sebagai platform bagi pelajar dan bekas pelajar ILPAPNT untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka di mana terdapat sesi temuduga yang dijalankan oleh agensi yang menyertai program ini. Selain itu, program ini juga membantu pelajar menyiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan setelah tamat pengajian. Ia juga dilihat sebagai suatu pendekatan untuk membina hubungan kerjasama yang erat antara ILPAPNT dan firma-firma tempatan pelajar semester akhir dan bekas pelajar ILPAPNT bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka |
|
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.