VERIFIKASI KERJAYA ILP ARUMUGAM PILLAI NIBONG TEBAL BERSAMA JABATAN TENAGA KERJA PULAU PINANG
Unit CESS dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang (JobsMalaysia) telah menganjurkan program verifikasi kerjaya kepada pelajar-pelajar semester akhir. Objektif utama sesi verifikasi ini adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan kebolehpasaran pelajar mengisi kekosongan dalam pelbagai sektor pasaran kerja yang kompetitif. Selain dari tips temuduga yang dikongsi oleh Puan Hasliza binti Ishak dari JTK Pulau Pinang, turut dikongsi mengenai portal jobsmalaysia oleh En Ismail bin Mohd Yusof sendiri iaitu antara pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan portal tersebut. Program ini telah diadakan di Auditorium ILP APNT pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang, bertarikh 1/4/2017. Semoga program ini bermanfaat bagi pihak penganjur dan pelajar ILP APNT
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.