𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐔𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇, 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋
06 Februari 2024 : Pegawai dari Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah bagi membentangkan serta membincangkan Program Perantis TVET Madani. Antara pegawai terlibat adalah Encik Mohd Hafiz bin Abu Bakar selaku Ketua Jabatan Mekanikal, Ts. Alwary Suhaimy bin Johari, selaku ketua bahagian percetakan digital dan Ts. Syamsul Azmirullah bin Mohd Diah dari unit CESS.
Program Perantis TVET Madani yang dibentangkan kepada pihak sekolah ini adalah dalam bidang Teknologi Percetakan. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan ilmu kemahiran TVET dan peluang sambung belajar selepas alam persekolahan ke ILJTM.
Sebagai maklumat tambahan kepada semua, Program Perantis TVET Madani ini sedang dilaksanakan dengan SMK Taman Mutiara, Kulim Kedah dalam bidang Teknologi Automotif.
Semoga kerjasama antara institut ini dengan SMK Saujana Indah dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.
~ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙎𝙠𝙞𝙡𝙡𝙨, 𝙄𝙜𝙣𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙁𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚𝙨 ~