𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 & 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
21 - 22 Oktober 2023 : Aktiviti Kokurikulum bagi sesi 2/2023 - Kursus Asas & Lanjutan Angkatan Pertahanan Awam yang disertai oleh 126 orang pelajar Semester 1 dan Semester 2. Antara aktiviti dan silibus yang telah diadakan ialah Pembahagian Kumpulan, Team Building, Pengenalan Pertahanan Awam, Pertolongan Cemas, Luka & Pendarahan serta Balutan, Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), Kawad Kaki, Ikatan dan Simpulan, LDK - Logo, Slogan, Visi, Misi Kumpulan, Melawan Kebakaran, Menyelamat Kecemasan, Roll Call dan Majlis Penutup.
Jutaan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Seberang Perai Selatan serta Bahagian Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang atas perkongsian ilmu, kaedah dan nasihat kepada para pelajar sepanjang program berlangsung. Para pelajar amat gembira sekali dengan pengalaman yang diberikan terutama diberi peluang tidur di dalam khemah mangsa bencana banjir.
Semoga pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia peringkat daerah dan negeri sudi menerima lagi jemputan institut pada sesi hadapan.