𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 (𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍) 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅 @ 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍
15 Oktober 2023 : Semangat kesukanan sempena Hari Sukan Negara 2023 diteruskan lagi dengan penyertaan daripada kumpulan pelajar dan kakitangan wanita ILP AP Nibong Tebal di dalam Program Aktif @ Luar Bandar Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan.
Di dalam program berkenaan ILP AP Nibong Tebal telah menyertai Perlawanan Bola Tampar Wanita yang dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Seberang Perai Selatan. Walaupun tidak berjaya ke peringkat Separuh Akhir, semua pemain tetap berasa gembira dengan usaha yang diberikan dan terus bersemangat untuk mengorak kejayaan pada masa akan datang.
Terima kasih kepada barisan Jurulatih dan Pengurus Pasukan atas tunjuk ajar, dorongan dan bantuan yang diberikan kepada pemain. Semoga Allah memberi rahmat kesihatan yang baik dan dapat teruskan berkhidmat dengan lebih baik serta menjadi insan pendidik yang berkualiti.