𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 - 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓
28 September 2023 (Khamis) : Pada tanggal 12 Rabiulawal 1445H telah berlangsungnya program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ILP AP Nibong Tebal di Auditorium ILP APNT. Program ini dianjurkan oleh Biro Keagamaan & Kebudayaan, MPP ILP APNT Sesi 2023/2024 bagi menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW di kalangan warga ILP AP Nibong Tebal.
Antara pengisian aktiviti bagi program tersebut adalah Bacaan Asma Ul Husna daripada para hadirin, Ucapan Aluan daripada Pengarah ILP AP Nibong Tebal, alunan Qasidah daripada pelajar ILP AP Nibong Tebal serta Tausiyah daripada Ustaz Raja Al - Mahi bertajuk "Kami Rindu Rasulullah".
Semoga program ini memberi manfaat dalam menambahkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW serta membawa kita mengingati pesanan cinta, kasih sayang, perdamaian dan keadilan yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada umat manusia.