𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐍𝐈𝐒𝐀’ 𝐗-𝐓𝐈𝐕𝐄: 𝐁𝐎𝐖𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐄𝐃𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍)
24 September 2023 : Nisa’ Nibong Tebal telah menganjurkan program Nisa X-Tive: Bowling Edition (Pertandingan) bertempat di Ole - Ole Bowling, Mydin Bukit Mertajam. Para muslimah ILP AP Nibong Tebal yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Bak kata pepatah “Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia”. Ternyata kehebatan para muslimah ILP AP Nibong Tebal tidak dapat disangkal lagi kerana telah membolot kemenangan dalam pertandingan tersebut antaranya:
Wakil kakitangan ILP APNT - Juara, Wakil pelajar ILP APNT - Naib Juara, Tempat Ke - 4 & Tempat Ke - 5 dan Top Scorer - Pn. Nurul Hanida binti Abdul Wahab.
Tahniah kepada semua pemenang . Terima kasih kepada Ts. Siti Noormaizura binti Sarkam atas bantuan menggerakkan penyertaan ILP AP Nibong Tebal dalam pertandingan tersebut.