𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 - 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗜𝗞𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗣 𝗔𝗥𝗨𝗠𝗨𝗚𝗔𝗠 𝗣𝗜𝗟𝗟𝗔𝗜 𝗡𝗜𝗕𝗢𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗕𝗔𝗟 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚
18 Julai 2023 : Satu Majlis Penyerahan Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Untuk Kerja-Kerja Pemuliharaan Struktur Fizikal Dan Naiktaraf Bangunan ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal Pulau Pinang telah diadakan bertempat di ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal Pulau Pinang (ILP APNT).
Kerja-kerja pemuliharaan struktur fizikal dan naik taraf bangunan melibatkan ILP APNT-Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pegawai Penguasa iaitu Ketua Jurutera Mekanikal Pulau Pinang (JKR) dan Kontraktor Utama Matlamat Murni Sdn. Bhd. Pihak JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah mengemukakan cadangan untuk penggantian 'chiller', 'waterpump' dan 'cooling tower' yang lebih efisien, sesuai dengan peredaran teknologi semasa.
Sepanjang projek ini berlangsung, institut beroperasi seperti biasa kerana pihak syarikat telah menyediakan portable aircond bagi menampung keperluan penggunaan warga institut.
Projek dilaksanakan bermula daripada tarikh milik tapak iaitu pada 30 Januari 2023 dan telah disiapkan pada 07 Julai 2023.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.