𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐑𝐔𝐌𝐔𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐋𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐎 𝐂𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐂𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
04 Julai 2023 (Selasa) : Satu Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman Antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILP APNT) Bersama Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) telah diadakan di kilang berkenaan yang terletak di Batu Caves, Selangor.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Encik Shakib bin Ahmad Shakir dan Pengurus Besar Kian Joo Can Factory Berhad, Encik Ang Kok Kun.
ILP APNT dan KJCF telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan Projek Tahun Akhir bagi para pelajar kursus Diploma Teknologi Percetakan di ILP APNT.
Kerjasama ini juga merangkumi penyediaan dan penghasilan prototype dan sample projek oleh syarikat Kian Joo Can Factory Berhad serta perkongsian kepakaran, khidmat teknikal dan teknologi terkini. Model kerjasama seperti ini adalah julung kalinya diformalisasikan dalam bentuk Memorandum Persefahaman antara pihak institut dengan industri.
Semoga kerjasama ini dimanfaatkan sebaiknya bagi kedua-dua pihak dan ILP APNT dapat menjadikannya sebagai wadah untuk mengumpul seberapa banyak ilmu daripada pakar-pakar di syarikat agar warga ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal sentiasa kekal relevan dan bergerak seiring dalam kepesatan industri percetakan pada masa kini.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.