𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐈𝐒𝐔 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀 : 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
26 Jun 2023 (Isnin) : Siri akhir Program Smart Circle Sesi 1/2023 telah dilaksanakan di Surau Al - Munawwir, ILP AP Nibong Tebal. Sebagai simbolik penutupan bagi siri akhir ini yang bermula sekitar Mei 2023, pihak Biro Keagamaan & Kebudayaan, MPP ILP AP Nibong Tebal Sesi 2023/2024 telah mengadakan Forum Isu Anak Muda yang bertajuk ‘Cabaran & Penyelesaiannya’.
Moderator dan barisan panel yang terlibat bagi membincangkan topik telah dilantik di kalangan para pelajar ILP AP Nibong Tebal. Moderator dan barisan panel yang terlibat adalah Danial Iskandar bin Mohd Razlan dari kursus Teknologi Rekabentuk Grafik, Muhammad Akmal Azizi bin Muhd Shukeri, Mohd Juaini bin Mohd Yusof dan Mohd Ikhwan bin Adnan iaitu masing - masing dari kursus Teknologi Elektrik.
Moderator dan para panel telah berjaya mengendalikan majlis dengan baik serta berkongsi ilmu dakwah kepada rakan pelajar bagi terus melayari kehidupan berpaksikan kepada kehendak agama.
Program turut mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aizuddin bin Abdul Hamid dan Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh atas bantuan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Semoga Program Smart Circle ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa menyeru manusia kepada sesuatu kebaikan, dia akan beroleh pahala sebanyak pahala orang yang mengikutnya dan berkekalan selagi orang itu terus melakukan perkara kebaikan itu” (Riwayat Muslim).
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.