28 Jun 2021 : Selaras dengan pematuhan SOP Pandemik C19 yang mengurangkan aktiviti secara fizikal, Unit CESS telah menganjurkan Online Technical Talk ILPAPNT - Create Your Own Website In 1 Hour dengan menggunakan platform Zoom Webinar dan YM Raja Muhammed bin Raja Daud Timbalan Pengarah (Latihan) selaku tenaga pengajar. Perkongsian maklumat ini mengenai kaedah membangunkan laman web sendiri (Create Your Own Website) yang dijalankan selama satu jam ini turut dikongsikan melalui FB Live Ilp Arumugam Pillai. Pada akhir perkongsian ini peserta akan diberikan sijil penyertaan secara e-certificate yang dijana terus selepas tamat Online Technical Talk ini. Tiada yuran dikenakan dan terbuka kepada orang awam termasuk pelajar sedia ada, alumni atau warga ILPAPNT. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Zoom Webinar
https://zoom.us/j/91893845621...
FB Ilp Arumugam Pillai
https://web.facebook.com/profile.php?id=100009362616637
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.